Nasionalpilihan

Petronas semarakkan lagi KBBM dengan Program ‘Love Local’

INISIATIF Petronas Dagangan Berhad yang memperkenalkan Program ‘Love Local’ bagi menyediakan platform kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Serdehana (PMKS) tempatan memasarkan produk mereka harus dijadikan contoh oleh pemain industri lain.

Menerusi program tersebut ia dilihat dapat menyemarakkan lagi inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dimana usahawan PMKS berpeluang memasarkan produk mereka di stesen minyak Petronas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid ketika menyampaikan ucapan perasmian program ‘Love Local’ di Stesen Petronas Kota Damansara sempena KBBM hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata Petronas menyokong KBBM secara aktif sejak 2019 dan telah memberi peluang kepada PMKS tempatan untuk memasarkan produk mereka di lebih 700 Kedai Mesra Petronas seluruh negara.

“Terima kasih kepada Petronas kerana agresif menyokong usaha kementerian merancakkan lagi KBBM dan menjadi perintis menggerakkan inisiatif murni lain seperti Segar@Mesra,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program ‘Love Local’ di Stesen Petronas Kota Damansara sempena KBBM hari ini.

Datuk Rosol Wahid besama salah satu usahawan PMKS tempatan yang mempamerkan produk  mereka pada program ‘Love Local’ tersebut.

Sebanyak 30 reruai usahawan PMKS tempatan yang mempamerkan produk  mereka pada program ‘Love Local’ tersebut.

Rosol berkata program Segar@Mesra dengan kerjasama strategik antara pihaknya serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sejak Januari 2021 mampu memendekkan rantaian bekalan, membuka ruang pasaran baharu kepada usahawan tempatan sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna.

“Ayuh Keluarga Malaysia, teruslah sokong dan beli produk keluaran tempatan. Bantulah usahawan tempatan untuk terus berkembang ke pasaran global dan merancakkan lagipertumbuhan ekonomi domestik sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan,” katanya.

Datuk Rosol Wahid pada sidang media selepas merasmikan program ‘Love Local’ di Stesen Petronas Kota Damansara sempena KBBM hari ini.

Menurut Rosol lagi, KPDNHEP juga merekodkan peningkatan nilai jualan produk jenama tempatan menerusi KBBM ini. Untuk tahun 2021 sahaja, sejumlah RM3.2 bilion nilai jualan produk tempatan dan selaras dengan pemulihan ekonomi pasca pendemik yang semakin rancak kini dan yakin sasaran peningkatan sehingga 2.5 peratus nilai jualan KBBM untuk 2022 akan tercapai.

“Saya berbangga melihat produk PMKS tempatan kini mampu berdiri sama tinggi dengan jenama terkenal antarabangsa dengan kualiti yang standing hebatnya, malah ada yang lebih baik lagi.”

“Kita menyeru pemain industri lain untuk turut sama membantu kementerian mempromosikan produk-produk tempatan sekali gus membantu pengusaha PMKS dalam negara,” katanya lagi. – SM

Artikel berkaitan > KPDNHEP rancakkan persekitaran komuniti perniagaan

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button