JenayahRencah Hidup

“Sebab Tu Aku Tak Duduk Dengan Golongan B40” – Roshana Takim

Seorang pensyarah UiTM, Prof. Ts. Dr. Roshana Takim dikecam teruk gara-gara menghina salah seorang pelajarnya secara terbuka sewaktu dalam sesi pembelajaran secara dalam talian.

Herdik Roshana, dia kurang gemar untuk duduk bersama golongan B40 kerana masalah-masalah yang baginya remeh seperti sudah semester lima pun masih gagal membeli laptop.

Berdasarkan risikan netizen, Roshana bukanlah belajar di Malaysia untuk mendapatkan status jawatannya ketika ini sekali gus bergelar pensyarah UiTM yang disayangi.

Berikut adalah senarai kampus yang menerima Roshana sebagai pelajar suatu masa dahulu:

1985-1987: B.Sc (Hons) Building, Heriot-Watt University, Edinburgh, Scotland, United Kingdom (Second Class Lower Division)

1995-1996: M. Sc. In Construction Management, Loughborough University, Leicestershire, United Kingdom

Nov 2001-April 2005: PhD Construction Management (Construction Project Performance), Glasgow Caledonian, University, Cowcadden Road, Glasgow.

Carian juga mendapati ketiga-tiga kampus ini menduduki tangga terendah dan gagal mengatasi kedudukan Universiti Malaya sendiri di peringkat global.

Roshana membangkit kemarahan netizen apabila menghina pelajarnya yang susah di hadapan orang ramai iaitu para pelajar dan menunjukkan rasa benci terhadap golongan miskin.

Umum mengetahui bahawa dua institusi, institut pendidikan seperti MRSM dan UiTM sebenarnya memang tempat untuk anak-anak B40 belajar dan keluar sebagai orang yang berjaya mengubah nasib diri dan keluarga.

Baca sini: Senarai Laptop Harga Bawah RM800 Yang Boleh Dibeli Di Shopee

Malangnya, Roshana yang belajar di luar negara dan menjadi pensyarah UiTM tidak mengambil pendekatan jiwa untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Sepatutnya UiTM timbal balik segala pemikiran pensyarah old school yang sudah tidak relevan dengan kehendak pasaran hari ini. – SM

(Visited 19,116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button