MahkamahNasional

Pengarah syarikat didakwa seleweng diesel bersubsidi

SEORANG Pengarah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 3 Ogos lalu atas pertuduhan melakukan penyelewengan diesel bersubsidi dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis di Kuala Selangor pada 28 Julai 2022.

Tertuduh, 57, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 iaitu dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan didapati mempunyai dalam milikan barang kawalan yang juga merupakan barangan berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 21,035 liter tanpa kebenaran.

Berdasarkan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 mewajibkan mana-mana pihak bagi tujuan perdagangan yang membeli dan menyimpan barang kawalan (diesel bersubsidi) perlu memiliki permit kebenaran daripada pihak Kementerian.

Timbalan Pendakwa Raya KPDNHEP, Firdaus Ruslan telah menawarkan jaminan ke atas tertuduh sebanyak RM 30,000. Tertuduh mengemukakan rayuan agar jaminan dikurangkan ke atasnya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin  RM 15,000 dengan seorang penjamin dan  menetapkan 12 September depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna dalam kenyataannya hari ini berkata, KPDNHEPmemberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual (diesel bersubsidi) agar mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) termasuklah didakwa di Mahkamah.

“Masyarakat disarankan untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan/bersubsidi bagi memastikan aktiviti jenayah ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada rakyat dan Negara,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut : i. WhatsApp 019-279 4317 / 018-848 8000 ii. Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my iii. Call Centre 1-800-886-800 iv. Emel [email protected] v. Ez ADU KPDNHEP. – SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button