Nasionalpilihan

Pesawat ringan mendarat cemas di sebuah kilang kaca

Berpantang maut sebelum ajal!. Itu yang dialami seorang juruterbang dan pelajarnya yang terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki membuat pendaratan cemas di kawasan lapang sebuah kilang kaca di Lipat Kajang, Jasin, Melaka, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jasin daripada pekerja kilang terbabit kira-kira pukul 11.20 pagi.

Menurutnya, pesawat jenis Piper PA-28-18 9MSKJ ketika kejadian sedang membuat latihan penerbangan.

Beliau berkata, pesawat itu mengalami masalah dan telah mendarat cemas di kawasan lapang Kilang Xinyi, Lipat Kajang Jasin ketika ia sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysian Flying Academy (MFA) di Batu Berendam, Melaka.

“Anggota DCC Jasin kemudian terima maklumat awal dari MLK 704 memaklumkan juruterbang bersama jurulatih penerbangan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Fadzli, pengurus pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut memaklumkan siasatan akan dijalankan oleh Badan Siasatan Kemalangan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Kejadian tersebut turut disahkan CAAM menerusi satu kenyataan akhbar memaklumkan juruterbang dan seorang pelajar yang mengendalikan pesawat itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

“CAAM mengesahkan sebuah pesawat latihan telah membuat pendaratan paksa di Jasin, Melaka berikutan masalah teknikal yang dilaporkan oleh juruterbang.

“Pesawat jenis Piper PA-28-181, 9MSKJ telah memohon kebenaran daripada Menara Kawalan Trafik Udara untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM),” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah MOT mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button