Hiburan

Scha Elinnea tidak pernah jual diri

BARU-baru ini tular laporan media yang mendakwa terdapat beberapa selebriti tempatan terlibat dengan skandal seks atau menjadi pelacur kelas atasan.

Laporan media itu hanya memetik sumber sebagai dan belum ada perkembangan terkini sama berkenaan kesahihan laporan berkenaan.

Namun, terdapat beberapa blog yang mengambil laporan berkenaan dan secara tiba-tiba, nama pelakon Scha Elinnea didakwa terbabit dengan aktiviti tidak bermaruah itu.

Tampil menolak dakwaan tersebut, syarikat pengurusan Scha Elinnea, Absolut Management memberitahu terdapat blog yang cuba mengaitkan artis mereka dengan aktiviti tersebut.

“Di dalam ruangan artikel blog berkenaan dilampirkan sekali tangkap layar Instagram milik artis di bawah naungan kami, Scha Elinnea.

“Walaupun dalam artikel itu tidak menyebut nama Scha, namun tangkap layar yang telah dikaburkan itu tetap boleh dibaca oleh netizen secara samar.

“Kami tidak pasti apa tujuan sebenar blog berkenaan dengan sengaja memaparkan profil Instagram artis kami sebagai gambar hiasan kepada artikel berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Scha Elinnea menerima kritikan negatif di media sosial dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sebagai pelakon baharu.

Jelasnya, pihak pengurusan juga mempunyai aliran tunai keluar masuk ke dalam akan bank peribadi Scha Elinnea sejak dahulu lagi dan tidak pernah ada jumlah RM40,000 dikreditkan ke dalam akaun bank gadis tersebut.

“Sehubungan itu, kami selaku pihak pengurusan Scha Elinnea meminta blog berkenaan membuat permohanan maaf secara terbuka kepada artis tersebut dalam tempoh 24 jam.

“Jika gagal berbuat demikian, pihak pengurusan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sebagai langkah seterusnya,” katanya.

Tambahnya, laporan polis juga sudah dibuat sebagai langkah keselamatan bagi melindungi diri Scha Elinnea dan juga keluarganya. -SM

(Visited 1,267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button