Nasional

Komponen kren terjatuh di lebuh raya SUKE, tiga disahkan maut

TIGA warga China disahkan maut manakala seorang warga tempatan cedera dalam kejadian komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, hari ini.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd (PROLINTAS) yang juga pemaju projek SUKE berkata, tiga yang maut itu ialah pekerja projek tersebut manakala warga tempatan ialah pengguna jalan raya yang memandu kereta jenis Perodua Bezza.

“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu daripada komponen kren gantri terjatuh. Punca kejadian masih dalam siasatan.

“Susulan kejadian itu, pasukan tindak balas kecemasan SUKE bersama anggota bomba sudah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Bandar Tun Razak dan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

Menurut Ketua Operasi, Mohd. Khairul Azmi Jaafar,  seorang mangsa warganegara Malaysia iaitu pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta beliau telah terhempap besi kren launcher.

“Manakala tiga orang mangsa lagi adalah merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai dua orang mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba,” jelasnya. -SM

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button