fbpx
Hiburan

Scammer pakai akaun palsu guna nama Zalif Sidek

TIDAK mahu terkait dengan sebarang masalah berkaitan isu penipuan di masa hadapan, pelakon, Zalif Siden membuat satu laporan polis berkenaan akaun Instagram palsu yang menggunakan namanya.

Menurut Zalif, dia mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh scammer yang bertujuan untuk memperdayakan orang lain.

“Tolong Jangan Terpedaya! Inilah jawapan persoalan yang kawan-kawan DM saya dari semalam kenapa saya buat laporan polis.

“Saya telah menerima mesej Instagram dari beberapa kawan saya bahawa diaorang menghantar beberapa gambar screenshot akaun Instagram bernama Zalifsidek_ atau Sidekzalif yang diciptakan atas nama saya sedangkan akaun IG tersebut bukan milik saya,” katanya.

Zalif berkata, dia mengesyaki akaun palsu tersebut digunakan untuk memperdayakan orang lain dan bertujuan untuk aktiviti penipuan.


Jelasnya, pelakon itu juga meminta agar rakan-rakan dan kenalannya di Instagram atau media sosial lain untuk membuat laporan beramai-ramai terhadap akaun Instagram palsu berkenaan.

Tambahnya, dia hanya menggunakan akaun official @zalifsidek di Instagram dan tidak mempunyai sebarang akaun lain.

Semalam, pelawak, Jep Sepahtu juga memuat naik satu akaun palsu yang menggunakan namanya dan isteri.

Malah, tinjauan di Facebook juga mendapati terdapat beberapa akaun Facebook yang menggunakan nama Jep tanpa diketahui tujuan sebenar. -SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button