Parlimen

Saya tukar fikiran benarkan Kor Ming pengerusikan sidang Dewan Rakyat – Azhar

YANG Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Haru n memberitahu beliau menukar fikiran untuk membenarkan Ahli Parlimen Teluk Intan (DAP) Nga Kor Ming untuk mempengarusikan sidang Dewan Rakyat semalam.

Azhar berkata, beliau mengunakan kuasanya untuk menarik balik permintaannya untuk Kor Ming mengantikan dirinya mempengarusikan sidang Dewan Rakyat.

Menjelaskan di Parlimen hari ini, Azhar berkata, dia sebelum itu menggunakan kuasanya di bawah Peraturan 7(3) untuk meminta Kor Ming mempengerusikan sementara sidang Dewan Rakyat sehingga beliau kembali.

“Saya memang beri surat kepada Yang Berhormat Teluk Intan. Saya berterima kasih kepada beliau kerana beliau bersedia untuk menerima permintaan saya.

“Saya menukar fikiran saat akhir dan kemudian, untuk soalan pertama persidangan semalam sah kerana saya pulang semula untuk mempengarusikan mesyuarat.

“Mengenai soalan kedua, saya sebenarnya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran itu. Saya cuma menggunakan kuasa saya untuk menukar fikiran. Terima kasih,” kata Azhar.

Azhar menjawab soalan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Puchong Govind Singh Deo berkaitan isu Kor Ming tidak jadi mempengerusikan sidang Dewan Rakyat walaupun telah diberikan surat jemputan daripada Azhar pada 20 Septembar.

Govind bertanya sama ada tindakan tersebut disebabkan Azhar berhadapan sebarang tekanan daripada menteri kanan untuk menarik balik jemputan yang telah diberikan oleh beliau.

Ahli Parlimen Puchong turut melontarkan persoalan sama ada sidang Dewan Rakyat dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang sah berikutan tidak mematuhi surat jemputan yang diberikan kepada Kor Ming.

“Semalam saya hadir ke Dewan Rakyat, saya lihat antara jam 2.30 hingga jam 4.00 dewan tidak dipengerusikan oleh Yang Berhormat Teluk Intan seperti mana yang telah diarahkan oleh Tuan Speaker melalui surat tersebut.

“Jadi soal adakah prosiding semalam di antara jam 2.30 hingga 4.00 menjadi sah atau tidak kerana ada satu surat daripada speaker,” tanya Gobind.

Sebuah akhbar Cina melaporkan bahawa seorang “menteri kanan kabinet” menghalang anggota parlimen Pembangkang, Nga Kor Ming dihalang daripada mempengerusikan sesi petang persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Sin Chew Daily, Nga telah diundang, secara bertulis, untuk mempengersikan sidang itu oleh speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Laporan itu mendakwa bahawa keputusan berkenaan ditarik balik susulan “tekanan” daripada “menteri kanan kabinet” tersebut yang menghubungi speaker pada jam 1.50 tengah hari ketika wakil rakyat sedang berehat rehat.-SM

(Visited 551 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button