Rencah Hidup

Kanak-kanak maut tercekik buah rambutan

Seorang kanak-kanak berusia Sembilan tahun maut dipercayai tercekik buah rambutan di Kampung Sungai Ling, Kelmarin.

Al-Fatihah untuk mangsa Nur Iman Fitriah Binti Muhammad Nizam

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Klinik Kesihatan Pekan TajauMaran sekitar 8 malam.

Doktor berkata, pihaknya berjaya mengeluarkan buah rambutan dari mulut mangsa sebelum jenazah di bawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Menurut ketua polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman, Kes diklasifikan sebagai mati mengejut.

“Bedah siasat pada awal pagi tadi mengesahkan kematian mangsa akibat salur pernafasan tersumbat disebabkan oleh sesuatu objek,” katanya.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cempedak, Maran pagi tadi.

Acara lari dalam guni diakhiri maut

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button