Nasional

70.7% penduduk telah terima vaksin dos pertama

KADAR pemberian vaksin di Malaysia terus meningkat dengan 70.7 peratus atau 16.545 juta orang dewasa di negara ini telah menerima satu dos suntikan.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 sejumlah 42.0 peratus atau 9.843 juta orang telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Sehingga semalam 26.388 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat.

Menurut data Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 103.2 peratus penduduk telah menerima dos pertama.

Diikuti Labuan (98 peratus), Sarawak (87.8 peratus), Negeri Sembilan (82.2 peratus), Perlis (70.9 peratus), Pulau Pinang (67.6 peratus) dan Melaka (61.5 peratus).

Sementara Labuan merekodkan jumlah tertinggi penduduk dewasa telah menerima kedua-dua dos vaksin iaitu 87.5 peratus).

Diikuti Sarawak (87.5 peratus), Lembah Kelang (60.3 peratus), Negeri sembilan (57.5 peratus) dan Perlis (50.6 peratus).

Sementara itu kadar vaksinasi harian semalam melebih setengah juta dos iaitu 525,343 dos yang melibatkan 197,962 dos pertama dan 327,380 dos kedua.-SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button