Politik
Trending

‘Saya tiada maklumat itu’

“Saya tiada maklumat itu.”

Demikian ringkas jawapan diberikan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Suara Merdeka pagi ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian apabila ditanya mengenai mengenai kehadiran Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istana Negara hari ini.

Malah beliau juga memberi jawapan sama ketika ditanya jika terdapat pimpinan PKR yang akan bersama Ahli Parlimen Port Dickson ke sana.

Dalam pada itu, Fahmi juga terus menamatkan panggilan kerana enggan mengulas laniut mengenai pertemuan Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam satu kenyataan tanpa menggunakan logo partinya memaklumkan As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan untuk menerima menghadap beliau.

Pertemuan yang dilaporkan hari ini itu adalah selepas tertangguh berikutan kesihatan baginda tidak mengizinkan dan sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Anwar dilihat bersungguh-sungguh mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan majoriti Ahli Parlimen kepada baginda untuk membentuk kerajaan baharu.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini dalam satu sidang akhbar memberitahu berjaya mendapatkan sokongan majoriti lebih kukuh, stabil dan meyakinkan untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button