Politik

Roti John: Kenapa Mat Sabu yang panas?

PENAFIAN Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar bahawa lawak roti john oleh seorang menteri dalam satu artikel tiada kaitan dengan Mohamad Sabu menimbulkan persoalan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mengapa hanya Mohamad satu-satunya menteri yang terasa sedangkan penulis tidak  menyebut nama menteri.

“Penulis artikel berkenaan cuma kata ada Menteri PH yang sebut “Roti John”.

“Penulis tak sebut pun nama Mat Sabu.

“Kenapa pulak Mat Sabu satu-satunya Menteri PH sahaja yang panas?” tanya Najib.

Sebelum ini Amin Shah menegaskan lawak berkaitan roti John dan seorang pengawai tinggi asing bernama John tidak ada kaitan dengan Mohamad.

“Bukan menteri pertahanan. Sekiranya penulis sebut nama menteri, kami akan saman mereka, tetapi mereka tidak namakan menteri,” katanya kepada Malaysiakini.

Artikel mengenai seorang menteri membuat jenaka berkaitan nama seorang pegawai tinggi asing bernama John dilaporkan dalam The Star semalam bertajuk The Pakatan Harapan Wild Card. Artikel itu ditulis oleh Philip Golingai.

Philip turut menceritakan perbualannya bersama seorang diplomat, yang memberitahunya seorang menteri dari Malaysia bertemu dengan seorang pegawai tinggi bernama John dari negaranya.

“Menteri kamu kata, ‘Nama kamu John. Di negara saya, ada roti John. Jika kamu datang ke negara saya, saya boleh masakkan roti John untuk kamu’,” tulis Philip dalam artikelnya.

Keratan artikel tersebut kemudiannnya dikongsi oleh netizen di media sosial kerana ingin mengetahui menteri mana yang dimaksudkan dalam rencana tersebut.-SM

(Visited 591 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button