Politik

Saya tahu apa itu demokrasi – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan bahawa beliau memahami dan bukan buta demokrasi apabila mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Menurut Muhyiddin selaku Perdana Menteri beliau memberi keutamaan kepada menangani pandemik wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Kata beliau, apabila darurat tamat pada Ogos depan, ketika itu pilihan raya boleh dijalankan dan orang ramai bebas memilih kerajaan yang baharu.

Tambah beliau, jika rakyat mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus memerintah mereka akan memberi mandat dan tiada siapa yang menghalang.

Bagaimanapun untuk tempoh ini berilah ruang kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah pandemik dan ekonomi negara yang jika dibiarkan tanpa diuruskan dengan baik akan menjejaskan semua.

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button