NasionalSukan

Najib ucap tahniah kepada Nicol David

ATLET Malaysia dalam arena skuasy, Datuk Nicol David akhirnya diiktiraf sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman selepas memperoleh undian tertinggi.

Pengiktirafan itu diberikan oleh The World Games selepas Nicol berjaya memperoleh 318,943 undian mengalahkan 23 pesaingnya yang lain.

Malah beliau merupakan satu-satunya atlet di Asia yang tercalon untuk merebut gelaran Atlet Terunggu Sepanjang Zaman itu.

“The World Games umum Nicol David telah raih gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman.

“Tahniah Nicol dan terima kasih kepada semua Rakyat Malaysia yang mengundi.”

Demikian ringkas ucapan penghargaan diberikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam hantaran Facebooknya malam tadi.

NAJIB RAZAK

Nicol merupakan ratu skuasy negara dan pernah memegang gelaran sebagai pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun beturut-turut.

Dalam saingan mendapatkan gelaran pemain terbaik dunia sepanjang zaman, beliau berada bersama dengan atlet-atlet dalam pelbagai bidang sukan dari negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Mexico, Rusia dan Australia.

Namun, dengan undian yang memihak kepadanya, beliau mudah mengalahkan atlet dari Ireland, James Kehoe yang mendapat undian sebanyak 113,120 dan Larysa Soloviova dari Ukrain, 80,790 undi.

(Visited 499 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button