Nasional

PIBG nafi ibu bapa beli meja dan kerusi sendiri

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Cyberjaya menafikan dakwaan bahawa ibu bapa di sekolah itu terpaksa menyumbang untuk membeli meja dan kerusi untuk pelajar kerana tiada peruntukan daripada pihak berkuasa.

Sebaliknya, pengerusinya Abdul Karim Mustafa berkata, inisiatif Tabung Meja Pelajar yang tular di Twitter adalah langkah proaktif yang diambil PIBG untuk membantu pihak pentadbir sekolah.

“Ada tiga pilihan. Pertama, kita boleh mengambil langkah proaktif sebagai PIBG. Kedua, kita boleh tunggu peruntukan daripada kementerian (pendidikan), dan ketiga, kita boleh senyap atau tweet dengan naikkan isu ini,” katanya.

“Apabila sekolah hampir bermula, kami berjumpa dengan pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan daerah (PPD) untuk memeriksa keperluan mereka dan menawarkan bantuan kami.

“Itu amalan biasa PIBG. Kekurangan meja dan kerusi akan sentiasa menjadi isu. Sebahagian daripada mereka juga sudah tua dan dalam keadaan kurang baik dan oleh itu, kita perlu menggantikannya dengan perabot yang lebih selesa, terutamanya bagi murid-murid Darjah 1 yang baru memulakan hari pertama mereka bersekolah.”

Dia menolak tweet yang mendakwa pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak memperuntukkan sebarang dana untuk perabot itu, memaksa PIBG untuk memulakan dana itu.

“Jika mereka dakwa peruntukan tidak mencukupi, ia adalah tidak betul kerana PPD Sepang telah memberikan komitmen untuk menambah 152 unit dalam masa terdekat. Tetapi kita perlu faham ada prosedur kerajaan dan ini akan mengambil masa.

“Jadi, dalam pada itu kita sedang mengambil langkah proaktif lain untuk membantu pihak sekolah. Kami sebenarnya menyumbang sebahagian daripadanya – 50 unit diperlukan berikutan peningkatan mendadak murid di SK Cyberjaya,” katanya.

Kecoh di Twitter apabila PIBG memulakan tabung itu, dengan netizen berkongsi pelbagai reaksi.

Setiap tahun, SK Cyberjaya menerima tambahan pengambilan seramai 400 hingga 500 murid Darjah 1. Ia kini mempunyai 25 bilik darjah dengan jumlah pelajar seramai 2,400 orang termasuk pada sesi pagi dan petang.

“Pihak berkuasa di Cyberjaya atau ahli politik, sila datang ke SK Cyberjaya dan lihat sendiri. Pihak sekolah memerlukan banyak bantuan,” kata Karim.

 

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button