Nasional

Saya pesan pada anak, guna duit KWSP untuk selesaikan hutang dahulu

“KALAU ada hutang tertunggak, bayarlah guna duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Tapi kalau tiada hutang, jangan sentuh langsung duit KWSP itu. Simpanlah untuk hari tua.

Itu pesanan seorang bapa, Bengathasalam, 58, terhadap anaknya berkenaan dengan kebenaran yang diberikan kerajaan untuk mengeluarkan wang daripada akaun 1 KWSP.

Bengathasalam, 58 (Kakitangan bank)

Menurut Bengathasalam yang merupakan seorang kakitangan perbankan, dia bersetuju dengan kebenaran pengeluaran wang tersebut tetapi pendeposit juga perlu tahu risiko mengeluarkannya.

“Keluarkan jika terdesak sahaja. Sebab kalau duit ini dikeluarkan lebih awal, risau masa hadapan akan menjadi susah kerana simpanan yang berkurangan.


“Macam saya, tinggal lagi dua tahun perkhidmatan. Kerja dan gaji saya juga tidak terkesan dengan Covid-19. Jadi saya tidak akan keluarkannya,” katanya ketika ditemui di hadapan pejabat KWSP hari ini.

Sementara itu, seorang lagi kakitangan swasta, Naim Yusof, 36, juga berpendapat yang pengeluaran wang KWSP adalah sesuatu yang bagus terutamanya untuk melangsaikan hutang-hutang.

Menurutnya, rakyat sekarang sedang menghadapi suasana yang kritikal terutamanya melibatkan kewangan.

Naim Yusof, 36 (kakitangan swasta)

“Memang perlu dikeluarkan tetapi perlulah digunakan ditempat yang sepatutnya seperti melangsaikan hutang bank dan sepatutnya.

“Malah, duit yang ada itu juga boleh dijadikan modal untuk memulakan pernigaan dan sebagainya,” jelasnya.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Pengulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat mengumumkan kebenaran untuk mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM10,000 melalui akaun 1 KWSP.

Menurutnya, , tiada syarat dikenakan kepada pencarum asalkan mereka terjejas akibat Covid-19.

“Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurasan KWSP pagi tadi sukacita dimaklumkan bahawa i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.

“Tidak kira disebabkan kehilangan pekerjaan, atau telah terkurang pendapatan mereka tahun ini ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1,” jelasnya. -SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button