Rencah HidupUncategorized

“Saya Menangis Setiap Tahun” – Thanuja Tak Sanggup Tengok Haiwan Korban

PELAKON dan bekas Ratu Cantik, Thanuja Ananthan meluahkan rasa sedih dan sukar menahan emosi setiap kali tibanya musim Aidiladha apabila melihat haiwan seperti lembu dan kambing disembelih untuk ibadah korban.

Menerusi perkongsian di media sosial, Thanuja, 40, berkata hatinya remuk setiap kali melihat wajah dan mata haiwan yang dikorbankan dalam video yang tular saban tahun.

“Setiap tahun bila tiba Aidiladha, saya rasa sangat sedih lihat lembu dan kambing disembelih. Hati saya hancur tengok mata mereka seolah-olah memahami nasib mereka,” katanya.

Walaupun menghormati kepercayaan dan amalan umat Islam, Thanuja mengakui dirinya masih bergelut untuk memahami sepenuhnya konsep ibadah korban, terutamanya apabila haiwan-haiwan tersebut dibela dengan penuh kasih sayang sebelum disembelih.

“Saya tak berniat kurang ajar. Saya faham ini adalah perayaan penting, tapi saya tak dapat tahan rasa sedih. Saya cuba faham, tapi masih sukar,” jelasnya lagi.

Disebabkan terlalu emosional, Thanuja mengambil keputusan untuk tidak aktif di media sosial sepanjang musim Aidiladha bagi mengelak daripada melihat video penyembelihan yang menyentuh perasaannya.

Namun begitu, pelakon ini tetap menghargai sikap terbuka segelintir pengguna media sosial beragama Islam yang sudi memberikan penjelasan tentang maksud dan tujuan korban dalam Islam.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang sabar menjelaskan dengan baik. Saya belajar sesuatu daripada perbualan itu dan saya menghormatinya,” tambahnya.

Dalam Islam, ibadah korban merupakan simbol keikhlasan kepada Allah dan satu bentuk amalan sosial untuk membantu golongan kurang berkemampuan dengan mengagihkan daging sembelihan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button