Luar Negara

“Saya Lompat Keluar Dari Pintu Kecemasan” – Kisah Ajaib Mangsa Terselamat Nahas Air India

DUNIA dikejutkan dengan tragedi menyayat hati apabila pesawat Air India AI171 jenis Boeing 787-8 Dreamliner yang membawa 242 individu termasuk kru, terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, Ahmedabad.

Namun di sebalik tragedi yang meragut nyawa 241 individu, terselit satu kisah luar biasa apabila seorang penumpang warga Britain, Vishwash Kumar Ramesh, 40 tahun, berjaya diselamatkan – menjadikannya satu-satunya mangsa yang masih hidup.

“Saya terdengar dentuman kuat. Kemudian saya sedar saya dikelilingi mayat dan serpihan pesawat. Saya melompat keluar dari pintu kecemasan dan berlari meminta bantuan,” katanya dalam keadaan lemah di Hospital Awam Asarwa.

Lompat Dari Pintu Kecemasan

Vishwash duduk di kerusi 11A, yang terletak betul-betul di sebelah pintu kecemasan. Ketika pesawat hilang kawalan kira-kira 30 saat selepas berlepas, beliau berjaya membuka pintu kecemasan dan melompat keluar selepas pesawat menjunam ke arah bangunan asrama pelajar B.J. Medical College di kawasan Meghani Nagar.

Beliau mengalami kecederaan di muka, dada dan kaki, namun dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Saya bersama abang saya, Ajay. Tapi saya tak nampak dia selepas itu…” ujar Vishwash yang kini masih menanti khabar tentang abangnya yang dipercayai terkorban.

Korban Besar Di Udara & Darat

Nahas ini bukan hanya mengorbankan penumpang, malah turut membabitkan kematian di darat apabila pesawat itu menghentam sebuah blok asrama pelajar. Anggaran awal menunjukkan sekurang-kurangnya 28 nyawa turut terkorban di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat menghadapi situasi mencabar memadamkan kebakaran besar akibat tumpahan bahan api, selain menguruskan mangsa yang terperangkap dalam serpihan.

Gambar dari lokasi menunjukkan keadaan pesawat hancur teruk, dengan bahagian ekor tercampak ke bumbung bangunan, manakala bahagian hadapan musnah sepenuhnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button