Politik

Saya kagum Amanah begitu setia dengan DAP – Asri

SUARAMERDEKA: Mufti Perlis Datuk Seri Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik hubungan Amanah yang dianggap taat membuta tuli kepada DAP dan sanggup membelakangkan kepentingan umat Islam.

Beliau menyelar parti serpihan Pas di dalam Pakatan Harapan (PH) itu sentiasa mencari alasan untuk membela DAP secara langsung atau tidak langsung, tetapi mendiamkan diri apabila timbul permasalahan berkaitan umat Islam.

Dalam satu wawancara dengan pendakwah kontroversi Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, beliau berkata Amanah dilihat mengikut pendirian DAP dalam pelbagai isu dan berdiam diri daripada mengulas isu yang dikaitkan dengan masyarakat Islam.

“Saya juga kagum kerana saya tidak melihat isu-isu yang merungsingkan umat Islam, mereka keluarkan pandangan walaupun kadang-kadang isu itu ada kepentingan untuk PH,” katanya.

Asri memetik kontroversi pengedaran komik Inisiatif Jalur dan Laluan dan penangkapan individu yang didakwa ada hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), mengatakan tiada apa-apa yang didengar mengenai perkara itu.

“Tetapi Zakir Naik, kita (dengar). Mereka serius hampir sama dengan kenyataan DAP,” katanya ketika ditanya Zamri jika masyarakat Islam boleh mempercayai Amanah.

Beliau berkata kritikan adalah penting untuk memastikan kesilapan yang lalu tidak berlaku lagi, dan memberi amaran kepada rakyat agar tidak mengikut kerajaan atau mana-mana parti politik secara membabi buta.

“Kalau kita dapat mendidik pihak yang begitu taat dan saya kagum dengan DAP dalam hal ini,” katanya.

Isu rahmatanlilalamin, pula kata beliau, ia sepatutnya bukan slogan politik, tetapi bila jadi kempen parti politik yang tidak bersungguh-sungguh hendakkan agama ia menjadi sedemikian.

“Sebelum ini ada Islam Hadari, Wassatiyyah dan kini rahmatanlilalamin. Islam seimbang perlu berbicara tentang non muslim dan transgender pada masa yang sama perlu juga bercakap dengan pendakwah Islam. Kalau mahukan positif perlu seimbang. Saya tidak mahu wang dibelanja dengan banyak tetapi tidak memberi manfaat dan ditolak oleh majoriti umat, dan ia hanya menjadi retorik politik, ini mendukacitakan,” katanya.

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button