AgamaNasional

Benarkan ADUN bukan Islam cadang jawatankuasa masjid, surau jadi tandatanya

KEBENARAN yang diberikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan Islam mencadangkan pelantikan jawatankuasa kariah masjid dan surau di negeri ini bagi sesi 2024- 2026 menjadi tanda tanya.

Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr. Mohd Yadzil Yaakub berkata, keputusan yang dibuat MAIM itu cukup jelas adalah campur tangan politik dalam pentadbiran dan pengurusan surau serta masjid di negeri ini.

Menurutnya, paling mendukacitakan keputusan itu merupakan cubaan membenarkan orang bukan Islam campur tangan dalam urusan agama Islam.

“Mengapa dalam urusan pentadbiran rumah Allah, mereka yang bukan Islam dilibatkan?

“Pernahkah kita dengar orang Islam dirujuk terlebih dahulu dalam penentuan jawatankuasa rumah ibadah agama lain? Kenapa bila berkaitan masjid dan surau kita izinkan agama lain mengatur apa yang ekslusif kepada umat Islam?

“Inikah normalisasi Madani acuan PMX yang dibelakangnya DAP, yang dijulang kepimpinan UMNO hari ini? Inikah hasilnya yang perlu diterima rakyat dan umat Islam hari ini selepas UMNO berdakapan dengan DAP dan Anwar Ibrahim,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yadzil mengulas senarai edaran pekeliling MAIM bertarikh 25 Oktober lalu menyebut bagi kawasan ADUN bukan beragama Islam boleh mencadangkan senarai jawatankuasa dengan sokongan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Setiausaha Japerun yang beragama Islam.

Mengulas lanjut Mohd Yadzil yang juga ADUN Bemban berkata, syarat yang ditetapkan untuk pembentukan jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan ADUN bukan beragama Islam mencadangkan senarai jawatankuasa adalah tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan Islam sememangnya memupuk penyatuan ummah kerana ianya akan membawa kepada kemajuan umat Islam.

Tambahnya, masjid dan surau adalah tempat terbaik penyatuan ummah dan di sinilah semua umat Islam tanpa mengira darjat, bangsa, taraf pendidikan, umur, mahupun fahaman politik berkumpul dengan satu tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.

“Sebagai agama yang cintakan penyatuan ummah, Islam menggalakkan kita berkawan dengan orang bukan Islam tapi bukan sehingga menggadaikan kepentingan umat Islam kepada bangsa atau agama lain,” ujarnya. – SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button