Politik

Rundingan MUDA- KEADILAN: MUDA tolak tiga kerusi

TIGA kerusi yang ditawarkan oleh parti KEADILAN telah ditolak dan MUDA masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor Parti KEADILAN Rakyat, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata, perkara tersebut menjadi sulit kerana kerusi yang dituntut merupakan kerusi bandar.

“Saya telah teliti kenyataan oleh Presiden MUDA hari ini.

“Suka saya sebutkan sekali lagi bahawa siri rundingan bersama MUDA telah dilakukan beberapa kali dengan secara jujur dan terbuka dalam semangat kebersamaan pembangkang di Johor.

“Namun tiga kerusi yang ditawarkan oleh KEADILAN telah ditolak dan MUDA masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran.

“Ia turut menjadi sulit apabila kerusi yang “dituntut” merupakan kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan yang ada pada KEADILAN. Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai anggota komponen Pakatan Harapan (PH), KEADILAN tetap berpegang kepada muafakat bersama rakan-rakan yang menekankan kesetiakawanan tanpa ugutan atau ancaman.

Tambahnya, sejak pembangkang bersama, sama ada semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau PH, semangat ini tetap dipegang tanpa pertindihan kerusi demi pembelaan rakyat dan masa depan negara.

“Janganlah dicemari semangat tersebut demi tuntutan semata-mata. Tumpulah kepada kerusi yang ditandingi untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya,” katanya.

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button