Hiburan

Saya berpisah setahun yang lalu sebelum berkahwin lain

PELAKON, Farawahida yang bernikah semalam memberitahu dia sudah bercerai dengan bekas suaminya kira-kira setahun yang lalu.

Menurut penyanyi lagu Tanpamu itu, dia enggan bercerita panjang berkenaan perpisahannya sebelum ini.

“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami.

“Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya.

Untuk rekod, Farawahida pernah berumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain sejak 16 Disember 2013.

Bercerita mengenai perkahwinan keduanya bersama Zulkifli Alias, Farawahida memberitahu yang pernikahannya telah dipercepatkan.

“Ikutkan perancangan awal nak bernikah selepas musim raya nanti sekitar bulan Ogos depan. Tapi ia dipercepatkan bulan ini

“Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan resepsi mengundang 100 orang tetamu waktu malam

“Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka ,” katanya.

Dalam pada itu, Farawahida berkata, perkenalannya dengan Zulkifli berputik di gelanggang badminton.

Menurutnya, dia tidak menjangka yang hubungan pada awalnya sebagai rakan riadah sahaja tetapi sebenarnya suaminya menyimpan perasaan terhadapnya.

Pada majlis pertunangan itu Farawahida menerima dua bentuk cincin tanda bagi merisik dan bertunang selain lima dulang hantaran berbalas tujuh

Manakala pada hari pernikahan, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan berbentuk senaskah Al Quran. -SM

(Visited 788 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button