PRK

Saya bekerja untuk rakyat – Karim

CALON parti Warisan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis menggunakan baki dua hari dengan bertemu setiap pengundi.

Karim memilih meneruskan kempen secara berhemah kerana yakin hanya melalui keikhlasan barulah sokongan rakyat dapat diraih.

Kata Karim, beliau tidak menjanjikan bulan bintang dalam kempennya.

Sebaliknya hanya kerja menjadi taruhan dengan berusaha membantu masalah rakyat dan menyampaikannya kepada kerajaan jika dipilih menjadi Ahli Parlimen Kimanis.

Ini kerana katanya, pengundi di Kimanis tidak memerlukan pelbagai janji daripada pemimpin.

Sebaliknya kata beliau, mereka memerlukan seseorang yang dapat menghulurkan bantuan ketika susah.

“Mereka memerlukan wakil rakyat yang sensitif terhadap permasalahan rakyat.

“Saya yakin ciri-ciri dalam memberikan segala bantuan yang diperlukan oleh pengundi dan penduduk itu hendaklah menjadi keutamaan kepada semua wakil rakyat tidak pilih Parlimen atau dewan undangan negeri (DUN).

“Yang penting kita bela nasib rakyat yang memerlukan pembelaan ini.

“Tiada guna cakap besar berbilion-bilion walhal di kawasan kita masih banyak lagi yang tertinggal.

“Rumag miskin yang diperbaiki di depan dan belakang saya semuanya ini akan menjadi keutamaan kalau diberi peluang untuk berbuat demikian,” katanya.

Untuk memasti beliau dapat  bertemu dengan semua pengundi, karim melakukan kempen dari rumah ke rumah dan melawat sebuah keluarga yang mengalami beberapa masalah.

Karim berkata, sepanjang tempoh kempen PRK Kimanis jentera telah bekerja keras bagi memastikan mereka menang di Kimanis.

Katanya, beliau berpuas hati dengan gerak kerja yang telah disusun oleh jentsra sepanjang 11 hari tempoh berkempen itu.

Katanya, rakyat Kimanis amat mengenalinya kerana beliau sebelum ini bertanding atas tiket pembangkang.

Namun kali ini katanya, beliau bertanding atas tiket parti yang memerintsh Sabah.

Sebab itu beliau yakin, sokongan rakyat akan memihak kepada parti Warisan.

“Dalam masa tiga hari lagi pembuangan undi akan bermula, saya lihat daripada gerak kerja dan susulan yang saya buat kita telah mendahului parti lawan dengan selesa disebabkan kesedaran dalam kalangan rakyat betapa pentingnya menyokong dan memberi undi kepada kerajaan yang ada,” katanya.

(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button