NasionalNegeri

Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis berkenan hadir Majlis Aidilfitri MB, Kerajaan Negeri

Daging rusa antara sajian jamu rakyat

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan hadir Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020 semalam.

Berkenan hadir sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalalullail dan Raja Perempuan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid (tengah) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020 semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan isteri, Datin Seri Nor Aswana Omar.

Azlan Man berkata, sebanyak 40 jenis juadah berbeza disediakan untuk rakyat yang menghadiri jamuan ini.

“Menu istimewa adalah daging rusa serta juga daging kambing yang dihidangkan untuk tetamu,”katanya.

Azlan Man meninjau salah satu gerai menyediakan kambing bakar.

Beliau berkata, rakyat dilihat begitu gembira apabila dapat menghadiri majlis seperti ini selepas tiga tahun.

Azlan berkata, rata-rata melahirkan rasa puas hati dengan menu makanan yang disediakan pada kali ini.

Beliau berkata, majlis ini yang bermula dari pukul 11 pagi hingga 4.30 petang ini tidak putus-putus dikunjungi oleh rakyat dari pelbagai kaum.

Rojak buah dihidang dalam bekas yang mempunyai replika rumah tradisional.

Tinjauan Suara Merdeka mendapati, setiap gerai yang mewakili jabatan-jabatan kerajaan di sini bukan sahaja menyediakan makanan enak malah dihidangkan dengan kreatif.

Antaranya Gerai Pejabat Undang-Undang Negeri menghidangkan rojak yang dihidang dalam bekas mempunyai replika rumah tradisional.

Salah seorang tetamu, Nurul Fatihah Razali berkata, makanan yang disediakan bukan sahaja banyak malah sedap.

Beliau mengakui, puas hati kerana dapat hadir ke majlis ini sekalipun terpaksa bersesak-sesak dengan tetamu lain. – SM

(Visited 470 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button