fbpx
Politik
Trending

‘Saya adalah PM yang sah’

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membutkikan sokongan yang dimiliki daripada Ahli Parlimen bagi mengesahkan dakwaannya membentuk kerajaan baharu.

Hal demikian susulan pengumuman yang dibuat beliau tengah hari tadi yang mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang.

Ini kerana beliau mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada pelbagai parti dan mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Partuan Agong.

Justeru, beliau perlu membutikan dakwaannya itu melalui kaedah dan proses yang betul bagi membentuk kerajaan baharu.

“Saya mengambil maklum kenyataan Anwar yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.


“Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.”

Demikian penjelasan Muhyiddin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini membidas sidang akhbar yang dibuat Presiden PKR itu.

Anwar sebelum ini memaklumkan, beliau mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan bersama gabungan yang baharu.

Menurutnya, beliau mempunayi senarai Ahli Parlimen yang bersama dengan beliau, namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai parti terlibat.

Katanya, butiran termasuk jumlah sokongan yang diperolehi hanya akan didedahkan selepas menghadap As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah.

Sementara itu, Muhyiddin dalam kenyataan sama turut menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Port Dickson itu dan menyifatkannya sebagai dakwaan semata-mata.

Justeru, beliau meminta rakyat bertenang kerana situasi ini akan ditangani dengan baik berlandaskan undang-undang negara.

“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini.

“Insya Allah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Untuk rekod, Anwar dalam sidang akhbar itu hanya ditemani isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button