NasionalNegeri

PM sempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Pembangunan & Kesejahteraan Rakyat

Empat penduduk terima Rumah Kasih Ihsan di Pulau Pinang

SEMALAM merupakan hari Sabtu yang sibuk bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana beliau menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Di majlis tersebut, Perdana Menteri  Anwar menjelaskan bahawa Kerajaan Perpaduan akan memperkasa pentadbiran pejabat daerah di seluruh negara.

Beliau berkata, ini bagi memastikan projek pembangunan dapat dilaksana dengan cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

“Bagi tujuan itu, setiap pejabat daerah diberikan masa sehingga Jumaat ini bagi menghantar senarai projek berkepentingan di daerah masing-masing supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya yang juga Menteri Kewangan dalam catatan di akaun Facebook beliau.

Kata Anwar lagi, pendekatan Kerajaan Perpaduan ini juga antara lain, adalah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat keseluruhannya.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menurunkan tandatangan beliau sebagai simbolik penyerahan Rumah Kasih Ihsan di Pulau Pinang. – GAMBAR FACEBOOK

“Saya kemudian ke Pulau Pinang bagi menyempurnakan majlis penyerahan Rumah Kasih Ihsan kepada empat penduduk kampung di Kampung Tok Bedu, Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

“Rumah Kasih Ihsan ini merupakan antara inisiatif oleh Kerajaan Perpaduan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa kepada rakyat berpendapatan rendah terutamanya dari golongan miskin tegar,” ujar beliau.

Anwar berkata, sebagai projek rintis, sebanyak empat Rumah Kasih Ihsan telah dibina di Pulau Pinang iaitu di Kampung Tok Bedu, Padang Menora, Penaga dan Machang Bubok, di Bukit Mertajam.

“Rumah-rumah ini dibina di atas tanah berstatus Lesen Kependudukan Sementara (TOL) dan tanah milik keluarga yang diberikan kebenaran untuk membina kediaman atas tanah tersebut,” jelas beliau.

Untuk rekod, Rumah Kasih Ihsan berkeluasan 660 persegi dengan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur serta bilik air membabitkan kos pembinaan sebanyak RM75,000 seunit.

“Semoga inisiatif Kerajaan Perpaduan ini dapat membantu meringankan beban dan seterusnya memberikan sinar hidup baharu kepada penerima,” katanya.

Mengakhiri program semalam, Anwar menyantuni warga Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang sempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-65.

“Saya sampaikan ucapan penghargaan kepada warga TUDM dan ATM yang memberikan komitmen tinggi dalam menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dan negara.

“Saya juga nyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam termasuk tentera dan membaiki kerosakan kediaman sedia ada mulai tahun depan,” katanya.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni warga Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang sempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-65.

Tambah beliau, jika ada dana berlebihan, pihak kerajaan akan segerakan langkah membaik pulih rumah tentera yang sangat memerlukan, Insya-Allah.

“Dalam majlis sama saya turut menyampaikan sumbangan kecemerlangan akademik bagi SPM tahun 2022 berjumlah RM3,600 selain sumbangan bagi pesakit kronik berjumlah RM20,700,” katanya. – SM

BACA Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian

BACA Malaysia Madani konsep yang mencerminkan wajah kita

 

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button