Nasional

Anjing liar bawa lari kaki pesakit diabetes dipotong

ORANG ramai di Sibu gempar dengan penemuan sebahagian kaki manusia yang dipotong di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kedai besi butuk yang terletak berhampiran tanah perkuburan CIna di Jalan Bukit Lima, semalam.

Dipercayai bahagian kaki sebelah kiri sehingga paras bawah lutut yang dijumpai itu dibawa lari oleh anjing liar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Dr Collin Babat berkata , pekerja kedai besi buruk berkenaan yang menjumpai bahagian kaki tersebut kira-kira pukul 8 pagi dan segera melaporkan di Balai Polis Lanang.

“Susulan laporan tersebut, anggota dari Balai Polis Lanang dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Pasukan polis turut membawa anjing pengesan K9 dan kemudian menemui beg plastik yang selalu digunakan oleh hospital untuk menyimpan sisa buangan di tanah perkuburan Cina di Jalan Bukit Lima,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pasukan polis menemui kesan tanah yang digali dipercayai tempat bahagian kaki tersebut ditanam.

“Kita percaya bahagian kaki tersebut diletakkan dalam beg plastik dan kemudian ditanam di tanah perkuburan itu.

“Namun, anjing liar telah mengoreknya dan membawa ke kawasan penemuan.

“Kemungkinan bahagian kaki itu tidak ditanam dengan betul dan menyebabkan anjing liar dapat mengoreknya,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak polis telah membuat rujukan dengan pihak Hospital Sibu dan Hospital Sibu mengesahkan kaki tersebut itu milik seorang pesakit diabetes yang menjalani pembedahan memotong kaki kiri baru-baru ini.

Tambah Collin, bahagian kaki tersebut telah diserahkan semula kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. -SM

(Visited 371 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button