Nasional

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia tawar sokongan psikologi pada mangsa insiden tikam di Hospital Selayang

ADALAH penting untuk menyedari bahawa walaupun kejadian tikaman yang berlaku di ruang menunggu Hospital Selayang amat dikesali, individu yang bertanggungjawab besar kemungkinan menghidap penyakit mental jangka panjang dan berada dalam keadaan kambuh pada masa kejadian.

Individu itu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit mental dan jelas mengalami kesukaran menguruskan emosinya. Walaupun kita tidak boleh menerima letusan emosi sedemikian, kita juga mesti menyedari keadaan bahaya boleh berlaku apabila seseorang pesakit mental tidak mendapat penjagaan yang mereka perlukan untuk menguruskan keadaan mereka dengan betul.

Adalah wajar untuk menekankan di sini , kepentingan menyediakan individu yang bermasaalah mental dengan akses kepada penjagaan dan sokongan yang betul, supaya insiden seperti ini dapat dielakkan pada masa hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mungkin tepat mengatakan bahawa kejadian tikaman itu tidak ada kaitan dengan wad yang sesak dan kejadian itu boleh berlaku di mana-mana kerana pesakit sedang mengalami masalah kesihatan mental.

Perlu diingatkan bahawa pesakit mental tidak semestinya lebih cenderung untuk menunjukkan keganasan daripada populasi umum. Mereka mempunyai kecenderungan ganas hanya apabila keadaam mereka terjejas akibat ketidakpatuhan ubat atau disebabkan oleh faktor lain yang menyebabkan tekanan melampau yang mencetuskan kambuh.

Perlu di tekankan bahawa mereka yang mempunyai penyakit mental patut menerima penjagaan dan rawatan yang sewajarnya bagi memastikan mereka dapat menguruskan keadaan mereka .Justeru, episod keganasan seperti ini dapat dielakkan.

Ia juga merupakan realiti di mana mana pun bahawa sebaliknya pesakit mental lebih menjadi mangsa keganasan dan eksploitasi berbanding dengan masyarakat umum. Tahniah kepada pihak Polis Selangor di atas tindakan pantas mereka memastikan suspek ditempatkan di wad psikiatri Hospital Selayang untuk rawatan dan penilaian, sementara menunggu siasatan kes.

Sungguh melegakan apabila diketahui mangsa stabil selepas menjalani pembedahan walaupun mengalami kecederaan di bahagian perut dan belakang akibat serangan itu.

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia bersedia untuk menawarkan apa jua sokongan psikologi kepada mangsa yang telah melalui peristiwa yang sangat traumatik ini.

 

Prof. Dato’ Dr Andrew Mohanraj

Presiden, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia

Artikel berkaitan > Pesakit ditikam pesakit mental di Hospital Selayang, stabil

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button