NasionalNegeri

Satu cabaran hasilkan mahasiswa berkualiti dari segi pemikiran, ilmu dan idea

CABARAN besar masa kini adalah bagaimana untuk universiti dan akademik kekal relevan dalam memberi sumbangan yang bernilai terhadap pembangunan masyarakat dan negara.

Bukan sahaja bagi melahirkan mahasiswa berkualiti dan berintegriti sebagai pemimpin masa hadapan, tetapi juga untuk pihak berkuasa, pembuat dasar, dan pelaksana dasar menerima idea dan pemikiran ilmuan kita dalam melakukan perubahan yang benar-benar berimpak.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Husna, Batu Bertangkup, Chuping melalui amilnya Zakaria Hashim baru-baru ini.

Penyerahan tersebut diadakan di pekarangan Harvest Bakery Program Transformasi Destini Zakat MAIPs di Taman Desa Asnaf (TDA) Batu Bertangkup di mana masing-masing menerima RM700 setiap seorang.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.


Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin berharap agar golongan mahasiswa hendaklah mengelakkan daripada melakukan sebarang perkara yang boleh melanggar peraturan samada di dalam mahupun luar kampus kerana mahasiswa merupakan contoh teladan terbaik kepada masyarakat.

“Berjauhan dengan keluarga bukan tiket kebebasan bagi melakukan sebarang perkara yang dilarang baik daripada segi agama mahupun undang-undang,” titah Raja Muda. – SM

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button