Nasional

Sasar semua sekolah di Melaka diiktiraf Green Flags

SEBANYAK 315 buah sekolah di Melaka disasarkan ke arah pendidikan alam sekitar dan
kelestarian serta mendapat pengiktirafan Green Flags menerusi program Eco-Schools sejak dilancarkan pada tahun 2016.

Setakat ini, sebanyak 17 daripada 316 buah sekolah rendah dan menengah menepati sasaran menerima anugerah tertinggi iaitu lima mendapat Green Flags, sembilan menerima Silver dan empat lagi dengan anugerah Bronze.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, sasaran yang diletakkan itu ke arah membudayakan amalan hijau selari dengan visi kerajaan negeri menjadikan Melaka Menuju Negeri Lestari menjelang 2035.

Menurutnya, kejayaan lima buah sekolah di negeri ini yang menerima anugerah Green Flag bakal memberi impak bukan sahaja kepada pelajar malah warga sekolah seluruhnya.

Lima buah sekolah telah mencapai anugerah Green Flags ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Air Baruk, SK Bukit Lintang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, SMK Durian Tunggal dan SMK Ayer Keroh.

Justeru katanya, pengiktirafan Green Flag seharusnya menjadi inspirasi kepada sekolah lain untuk terus peka dan cakna terhadap alam sekitar.

“Setakat ini, sebanyak 135 buah sekolah sudah menyertai program Eco-Schools dan saya amat berharap lebih banyak lagi sekolah akan mengikut jejak langkah itu dibantu oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

“Kita akan gerakkan dengan lebih rancak kempen-kempen di peringkat kerajaan negeri melibatkan semua pihak kerana program ini dilihat penting ketika kita menuju Negeri Lestari menjelang tahun 2035.

“Saya sarankan agar setiap sekolah di Melaka mendaftar dalam program Eco-Schools dan seterusnya melaksanakannya secara aktif di sekolah masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Lawatan Hijau Eco-Schools Melaka di SK Covent Infant Jesus (1), Bandar Hilir yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Datuk Abu Bakar Mohd. Diah.

Program Eco-Schools ialah program sekolah mampan terbesar di dunia, yang kini dijalankan di lebih 60 negara.

Ia telah dijalankan sejak tahun 2016 oleh PTHM dengan kerjasama rakan strategik Green Growth Asia Foundation (GGAF) disokong oleh World Wildlife Fund for Nature (WWF) dan Jabatan Pendidikan Melaka (JPN).

Sehubungan Rais berkata, sebanyak 135 sekolah dituntut untuk mencontohi SK Covent Invant Jesus (1) yang kini tersenarai antara 10 buah sekolah yang dalam usaha untuk mendapat anugerah Green Flags.

Menurutnya, beliau amat berharap seluruh guru dan pentadbir sekolah untuk peka bagi melaksanakan program-program hijau tersebut. – SM Melaka

(Visited 374 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button