Nasional

Sasar 150,000 suntikan vaksin COVID-19 sehari bermula Jun ini

KERAJAAN yakin sasaran 150,000 suntikan vaksin sehari dapat dilaksanakan menjelang Jun ini apabila jumlah bekalan vaksin lebih tinggi diterima pada bulan depan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata, setakat ini 80,000 suntikan diberikan sehari sehingga minggu lalu dan bekalan vaksin yang semakin banyak akan membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sekali gus mampu meningkatkan angka vaksinasi hingga 150,000 suntikan sehari.

“Sasaran kerajaan masih kekal untuk mencapai imuniti kelompok sebelum Disember tahun ini.

“Selain itu, kerajaan juga sedang menimbang cadangan pemberian dos kedua vaksin dilambatkan bagi memastikan seramai mungkin penduduk Malaysia mendapat dos pertama vaksin bagi mencapai imuniti kelompok dengan segera,” katanya selepas melakukan lawatan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam bagi pemberian hari pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca, di Shah Alam, hari ini.

Ahmad Amzad berkata, sebarang pelaksanaan vaksinasi perlu mengikut apa yang disyorkan pihak pengeluar vaksin kerana ia berkaitan isu jaminan, keberkesanan dan sebagainya.

“Pada masa sama kita juga melihat amalan yang dibuat negara luar,” katanya. – BERNAMA

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button