Nasionalpilihan

Saringan Covid-19 percuma dilakukan di Kuala Lumpur bermula Jun

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan akan melaksanakan ujian saringan Covid-19 secara percuma kepada penduduk di Kuala Lumpur bermula Jun depan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak 20,000 penduduk akan menjalani ujian saringan tersebut yang akan dilakukan di kawasan-kawasan perumahan awam dan kampung-kampung tradisi.

“Proses saringan akan diikelolakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memberi tumpuan kepada lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Inisiatif itu dilakukan memandangkan kebanyakan warga Kuala Lumpur yang tidak bergejala menjadi
pembawa penyakit senyap (silent carrier) sehingga menyebabkan gelombang keempat wabak COVID-19 di sesuatu kawasan,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian, hari ini.

Menurut Annuar, pihaknya tidak wajibkan ujian ini tetap kita harap dikalangan adik kakak di tempat yang kita adakan ujian ini dapat tapmpil secara sukarela.

Jelasnya, bekalan untuk ujian saringan ini sudah dan jiba sambutan yang baik diterima, jumlah ujian akan ditambah lagi. -SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button