Rencah Hidup

Saringan COVID-19 di semua hotel, pusat peranginan Terengganu

Contohi langkah bijak Terengganu

CUTI sekolah sudah bermula. Ramai yang menlahirkan rasa bimbang untuk membawa anak-anak bercuti namun inilah peluang yang ada bagi ibu bapa untuk membawa anak-anak berjalan-jalan.

Dalam keadaan penularan wabak COVID-19, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya menjaga kebersihan diri.

Apabila berada di luar seperti di pusat membeli belah misalnya, pastikan ibu bapa membawa bersama pencuci tangan atau hand sanitizer dan menggunakannya dan jangan lupa memakai topeng muka.

Sempena musim cuti persekolahan, Kerajaan negeri Terengganu telah mengarahkan semua hotel di negeri itu agar menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 kepada para pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, saranan itu sebagai langkah pencegahan awal bagi menangani wabak berkenaan.

Jelasnya, langkah yang sama juga akan dilakukan di semua pusat peranginan dan hotel bajet di negeri itu.

“Industri perhotelan juga dinasihatkan untuk menjalankan thermal scanning bagi memastikan pelanggan mereka bebas daripada simptom yang berkait dengan COVID-19,” katanya seperti mana yang dipetik oleh ASTRO Awani.

Beliau berkata, para pelancong yang ingin berkunjung ke pulau-pulau peranginan di negeri itu  tidak perlu merasa bimbang.

Ini kerana, pihaknya telah menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 di setiap pintu masuk utama ke negeri itu. – SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button