Politik

Langkawi mungkin bakal terima projek MRT menjelang tahun 3049 terus ke Parlimen

Jika Suhaimi Abdullah terus menjadi Ahli Parlimen Langkawi sehingga tahun 3049, beliau mungkin berpeluang untuk melihat projek MRT melalui terusan ultra Langkawi – Parlimen.

Projek MRT melalui terusan ultra Langkawi – Parlimen ini mungkin melibatkan laluan di pesisir pantai, merentasi banjaran gunung dan memiliki stesen pertukaran bawah laut di Pulau Pinang.

Namun sehingga hari ini, idea bagi projek MRT melalui terusan ultra Langkawi – Parlimen dianggap tidak mustahil kerana pada 3049, jika tidak berlaku kiamat, teknologi semakin canggih.

Antara tujuan projek MRT melalui terusan ultra Langkawi – Parlimen ini adalah untuk membolehkan ahli parlimen membawa para pengundi membeli-belah di Plaza GM, Chow Kit.

Dan pada hari yang sama, kesemua penumpang boleh berkunjung ke Zoo Negara serta Dataran Putrajaya untuk aktiviti bergambar dan memuat naik ke status Whatsapp. – SM

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button