EkonomiPolitik

Sarawak tegas akan saman Petronas

Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas kerana gagal menjelaskan bayaran 5 peratus cukai jualan kepada negeri berkenaan.

Menteri Muda Projek Perlombongan, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Undang-undang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kerajaan negeri tegas dengan keputusan itu.

Beliau ketika ditemui pemberita di Kuching berkata, notis berhubung perkara itu telah diserahkan kepada Petronas pada September lalu, tetapi tiada sebarang jawapab balas diterima.

Kata Sharifah Petronas sebelum ini memohon supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang dan sedang mendapatkan kelulusan Putrajaya untuk membuat pembayaran tersebut.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button