Politik

PH bakal berdepan kematian semulajadi

SUARAMERDEKA: Bila Ahli Parlimen Nibong Tebal tumbang semasa menjawab soalan di Parlimen semalam, ia menjadi berita yang sangat gempar. Ramai yang mendoakan supaya pemimpin politik tersebut selamat dan kembali sihat serta dapat berkhidmat untuk rakyat dan tidak kurang juga mendoakan akan berlaku satu lagi pilihan raya kecil.

Jika doa kedua itu makbul, maka bertambahlah koleksi pilihan raya kecil sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara ini berikutan pelbagai masalah dalam kalangan pemimpin yang tidak cukup kuat untuk memikul tanggungjawab sebagai orang politik sepenuh masa. Ramai yang tumbang kerana masalah kesihatan. Ketahanan sebagai seorang ahli politik ini bukan bergantung kepada usia semata-mata.

Bagi mereka yang pernah mengikut gerak kerja politik pasti memahaminya. Ia menuntut kekuatan mental dan fizikal untuk mengharungi hari demi hari dengan pelbagai kerenah masyarakat yang sentiasa perlu diberi perhatian oleh orang politik dan itu belum lagi tanggungjawab hakiki sebagai ahli parlimen dan sebagainya.

Bak kata rakan saya yang menjadi ahli politik secara tiba-tiba: Pagi, petang, siang dan malam perlu menghambakan diri untuk masyarakat. Duit saya duit orang ramai, katanya. Jika saya jumpa mereka di Kuala Lumpur sekalipun, tetap saya yang perlu belanja mereka makan dan ada yang meminta duit tambang dan sebagainya.

Belum pulang ke kawasan sendiri perlu berdepan dengan masyarakat sama ada majlis keraian, bencana, jenayah atau kematian semulajadi, wakil rakyat perlu ada dan perlu bersalam dengan semua penduduk yang hadir. Jika kes jenayah orang politik perlu ada bersama polis hingga ke dini hari.

Justeru bila ditanya yang mana lebih menarik kehidupan sebagai seorang guru atau ahli politik, tanpa berfikir panjang beliau terus menjawab sudah tentu gurulah.

Kembali kepada nasib PH kenapa pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai atau P165 yang menjadi tumpuan dunia. Mengapa?

Pada masa ini sebenarnya kerajaan PH hanya mempunyai majoriti atau kelebihan dua kerusi parlimen sahaja, apabila UMNO dan Pas berjaya menggembleng perpaduan. Kedudukan terkini gabungan Pas, UMNO dan BN adalah 79+18 kerusi dan jika BN menang di Tanjung Piai menjadi 79+1=80+18. Majoriti PH tinggal satu kerusi dan jika berlaku pula PRK di Nibong Tebal dan PH menambah koleksi kekalahan, bermakna mereka kehilangan majoriti kerana kedua-dua belah pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama.

Sehingga Mei 2020 jika berlaku lagi PRK dan PH kalah maka terbubarlah kerajaan hari ini dan perlu diadakan pilihan raya umum. Berdasarkan sentimen semasa jika pilihan raya umum diadakan kemungkinan besar gabungan Pas dan BN akan memperolehi majoriti 2/3 dengan mudah atau 151 kerusi.

Maka akan terbentuklah kerajaan Melayu dan Islam. Ini juga membolehkan Perlembagaan Negara dipinda supaya hak mereka tidak diinjak-injak seperti hari ini yang dilakukan oleh kerajaan PH yang didominasi oleh DAP.

Kuasa politik Melayu dan Islam yang semakin terhakis akan kembali utuh dan ini yang digeruni oleh para pemimpin PH. Iaitu kematian semulajadi atau ketentuan Tuhan kerana gagal memikul amanah yang diberikan dan terbentuk kerajaan Melayu/Islam yang lebih harmoni dan adil kepada semua kaum di negara ini.

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button