Nasional

Maszlee sudah pandai cakap no comment

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik enggan mengulas isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu terus beredar meninggalkan sidang media sebaik soalan berkenaan diajukan pengamal media sebelum memasuki kenderaan rasminya selepas sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Kabinet mengekalkan keputusan untuk meneruskan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular mulai tahun ini namun perlu mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa.

Keputusan itu dimuktamadkan selepas Kabinet sekali lagi membincangkan mengenai perkara berkenaan pada 14 Ogos lalu.

Bagaimanapun, sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil dilapor menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 di sekolah vernakular.

Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mendakwa pengenalan tulisan Jawi bagi murid di sekolah vernakular tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button