Nasional

Elak jadi tempat longgokan, Kerajaan henti ambil pekerja asing

KERAJAAN membuat keputusan untuk menghentikan pengambilan pekerja asing yang baharu bagi mengelakkan Malaysia daripada dijadikan tempat longgokan atau pembuangan pekerja asing selepas ini.

Malah, menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan  keputusan itu turut dijelaskan dalam pertemuan beliau bersama Pesuruhanjaya Tinggi Bangladesh hari ini.

“Sementara itu, oleh kerana kita lihat keadaan semasa yang mana pekerja asing berpermit yang sedia ada sekarang berisiko kehilangan pekerjaan akibat kelembapan ekonomi akibat Covid-19, kita akan menyelaraskan dulu pekerja asing sedia ada.

“Maka oleh demikian kita tidak akan membenarkan pekerja asing masuk dalam masa terdekat ini kecuali beberapa sektor tertentu, perlombongan dan pembantu rumah,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Sumber Manuasia turut mencadangkan supaya semua pekerja asing mencarum Perlindungan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ini setelah mengambil kira penularan Covid-19 dan Kementerian merasakan terdapat keperluan untuk memberi perlindungan kepada pekerja asing mengikut standard antarabangsa.

“Kita juga akan menguatkuasakan Akta 446 untuk memastikan majikan membekalkan penginapan perumahan dan kebajikan pekerja yang selamat dan terjamin.

“Penguatkuasaan Akta 446 akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini dan denda maksimum RM50,000 akan dikenakan untuk setiap kesalahan yang dilakukan mana-mana majikan yang gagal mematuhi keperluan yang diperuntukan akta tersebut untuk keselamatan dan kebajikan pekerja,” katanya. – MalaysiaGazette

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button