Politik

Sanusi simpati dengan nasib Mukhriz

KETUA Pembangkang Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bersimpati dengan nasib yang menimpa Datuk Seri Muhkriz Mahathir yang digulingkan dari jawatan Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali.

Menurut Sanusi, Mukhriz sepatutnya hanya perlu bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan daripada berdepan situasi itu.

Mengulas lanjut Sanusi pada sidang akhbar di Alor Setar, Kedah berkata, para pemimpin di peringkat pusat telah memutuskan siapa yang bakal menggantikan Mukhriz.

“Kami di peringkat negeri hanya melaksanakan apa yang diarahkan pemimpin tiga parti iaitu Pas, UMNO dan Bersatu,” katanya.

Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Harapan runtuh (PH) apabila dua ADUN PKR mengumumkan keluar dari parti .

Muhammad Sanusi Md Nor juga berkata, Perikatan Nasional (PN) juga tidak mengambil pendekatan tergesa-gesa dalam menyelesaikan kemelut politik di Kedah supaya ia berjalan lancar dan tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Akhirnya buah durian sudah luruh, jadi walaupun tempoh PKP kita kutiplah dan boleh buat serawa dan tanak pulut,” kata beliau memberi gambar situasi politik di Kedah dengan nada berseloroh.

Muhammad Sanusi Md. Nor

Sanusi antara disebut-sebut sebagai pengganti Mukhriz sementelahan beliau ialah ketua pembakang di negeri berkenaan.

Beliau yang turut memegang jawatan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat – antara jawatan kanan dalam hierarki kepimpinan PAS —  disebut-sebut sebagai pemimpin pelapis Kedah yang paling layak diketengahkan di peringkat nasional. Keupayaannya terserlah sewaktu memimpin pelbagai misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa selaku Pengarah PASRelief.

Secara purata, usia mereka yang berada dalam kumpulan ini adalah sekitar 45 tahun.

Kerajaan negeri Kedah sebenarnya umpama retak menanti belah, Kerajaan PH Kedah sudah sampai ke garisan penamat apabila dua adun PKR, Azman Nasaruddin dan Dr Robert Ling Kui Ei, secara rasminya mengishtihar keluar parti dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Pengumuman itu dibuat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sidam, kira-kira jam 12.00 tengahari tadi.

ADUN Lunas, Azman Nasarudin, dalam kenyataannya berkata, pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat lebih memperjuangkan agenda peribadi mengatasi agenda parti.

“Sejak dari itu, saya sudah mempunyai hasrat untuk meninggalkan PKR apatah lagi ketika pasca pemilihan pada tahun 2018, berlakunya kemuncak perpecahan.

“Insiden ini juga menyebabkan sebahagian ahli meninggalkan parti dan ada yang dipecat,” ujar beliau.

Dalam sidang media itu, beliau juga memberi pengakuan akan menyokong penuh kepimpinan Kerajaan PN di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dilihat lebih ke hadapan terutama mengangani masalah Covid -19.

“Saya tidak kisah samada selepas ini akan dilantik sebagai exco atau tidak, tetapi apa yang penting, pendirian kami untuk bersama Kerajaan Pusat,” jelas beliau diketika ditanya pemberita kemungkinan tindakannya akan mengakibatkan kehilangan jawatan exco yang disandang sekarang.

Malah katanya, akan lebih ramai pemimpin dan ahli PKR menyusul tindakan beliau dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ei, juga secara rasminya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani yang berkuatkuasa serta merta.

“Perletakan jawatan ini juga akan melibatkan 2/3 jawatankuasa Cabang dan Sayap AMK Sungai Petani.

“Kedudukan saya sebagai ADUN juga sekarang tidak lagi atas lambang PKR,” jelas beliau.

Dengan pengishtiharan itu menjadikan kedudukan PH Kedah 17 kerusi dan kehilangan majoriti. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button