Nasionalpilihan

Sanggup menyusup bawah kawat duri, dua lelaki lari dari kawasan PKPD diburu

POLIS sedang memburu dua lelaki dipercayai penagih dadah yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan RAKYAT (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, laporan polis juga telah dibuat selepas video tersebut tular di media sosial hari ini.

“Kita sedang menjalankan operasi untuk mengesan dan menahan kedua-dua suspek yang dipercayai penagih dadah.

“Siasatan mendapati mereka telah melarikan diri ke arah kawasan sungai di bahagian belakang PPR tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tambahnya, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah membaiki kerosakan pada kawat duri akibat tindakan kedua-dua suspek.

Terdahulu, tular di media sosial video rakaman kedua-dua suspek yang tidak berbaju dan menyusup di bawah kawat duri sebelum memanjat pagar untuk melarikan diri dari kawasan PKPD. -SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button