Nasional

Agenda tersirat DAP pecah monopoli TNB

Oleh Awang Makmur

Ramai terlupa bahawa pada 30 Jun 2018 telah keluar satu berita bertajuk “Tarif Elektrik Di Malaysia Naik Mulai Esok” dalam muka hadapan surat khabar Kosmo. Berita ini keluar ketika Menteri dari DAP iaitu Yeoh Bee Yin, Ahli Parlimen DAP dari Bakri menjaga Tenaga Nasional Berhad.

Ini berlaku di zaman PH. Ramai juga terlupa yang Kerajaan PH pada waktu itu dalam satu kenyataan media TNB pada 1 Julai 2018 telah menyatakan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang telah diberikan kepada semua pengguna di Semenanjung dalam tempoh 6 bulan terdahulu akan ditamatkan berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Siapa yang ramai menikmati rebat elektrik ini di kawasan kawasan luar bandar? Bukankah yang menikmati paling ramai adalah orang Melayu? Jadi lihatlah bagaimana DAP mengerjakan kerajaan ini semasa mereka berkuasa sekejap.

Nasib baik PH tumbang semasa tempoh Covid19 dan PKP ini. Kalau tidak rakyat akan disuruh ikat perut sahajalah dan jangan mimpilah TNB dan Kerajaan akan beri diskaun sampai 50 peratus kepada rakyat.

Alhamdulillah, YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan baru-baru ini Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kalau masih lagi PH dan DAP yang menjadi Menteri, jangan haraplah hendak dapat diskaun tambahan RM942 juta ini dan keseluruhan diskaun sebanyak RM2.2 billion. Menteri Kewangan DAP akan cakap duit tidak ada, kerajaan tidak mahu pinjam duit lagi. Itulah alasan yang mereka akan beri.

Namun tahukah rakyat sekalian, daripada mana duit diskaun ini diperolehi?. Ianya daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Berhad. Siapa pemilik TNB ini sebenarnya? Tahukah kita?

Sebanyak 16.7 peratus pemegang saham TNB adalah KWSP. Manakala PNB memiliki 18.1 peratus saham TNB dan 6.7 peratus peratus oleh KWAP. Keseluruhannya berjumlah 41.5 peratus. Siapa yang melabur banyak dalam saham-saham PNB? Orang Melayu.

Siapa yang banyak menabung di KWSP? Sudah tentulah orang Melayu. Siapa pula di KWAP, juga orang Melayu. Jadi TNB ini adalah milik bersama orang Melayu. Jangan mudah termakan persepsi dengan dakyah dan fitnah DAP yang mahu menyerang TNB tatkala ada sedikit kekeliruan berkaitan bil elektrik baharu-baharu ini.

Akhirnya, pihak TNB dan Menteri dari Barisan Nasional selesaikan juga kekusutan yang berlaku. Orang Melayu kena pertahankan GLC yang jadi milik mereka bersama iaitu TNB. Jangan benarkan DAP dan pakatan pembangkang iaitu PH serang agensi ini.

Lihat sahajalah bagaimana mereka “kerjakan” TNB semasa mereka perintah selama 22 bulan. Apakah itu tidak cukup lagi memberitahu kepada kita betapa chauvinisnya Menteri DAP dari Bakri itu?

DAP laung kononnya TNB monopoli. Namun di sebalik laungan itu ada agenda lain yang DAP mahukan. Agenda yang mereka gagal buat selama 22 bulan lepas. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button