Nasional

Itali terus buntu, kematian akibat Covid-19 melonjak 8,215 orang

ITALI terus buntu apabila garapan wabak koronavirus menurun semalam tidak menjadi kenyataan apabila data menunjukkan jumlah kes baharu dan kematian terus meningkat – menyaksikan betapa sukarnya untuk membendung wabak tersebut.

Pegawai berkata, sejumlah 712 orang meninggal dunia akibat penyakit itu dalam 24 jam terakhir, sekali gus melonjak kepada jumlah keseluruhan 8,215 orang – lebih dua kali ganda dari tempat lain di dunia.

Jangkitan baharu pula meningkat 6,153 kes, menjadikan setakat ini 80,539.

Jumlah kes di Itali itu, lapor Reuters, mencecah lebih 81,000 jangkitan yang direkodkan di China semasa bermulanya pandemik itu.

Kenaikan kes jangkitan dan kematian begitu tidak menentu di Itali meskipun langkah-langkah penguatkuasaan ketat diperkenalkan sejak 23 Februari lalu untuk menghentikan penyebaran wabak.

Terdapat sedikit penurunan dalam kedua-dua kes baharu dan kematian awal minggu ini, tetapi wilayah utara Lombardy, pusat wabak itu, menyaksikan jumlahnya naik semalam (Khamis).

“Saya tidak tahu jika kita telah membendungnya atau jika kita terlepas sesuatu … semua yang saya boleh katakan ialah saya bimbang,” kata Gabenor Lombardy, Attilio Fontana kepada wartawan, sambil menambah keadaan itu akan menjadi lebih jelas.

“Saya fikir dalam masa dua atau tiga hari, kita akan faham jika langkah-langkah yang (betul) telah diambil,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran apabila kes-kes baharu kemudiannya menyusut, kerajaan tidak semestinya melonggarkan lockdown, yang akan diteruskan 3 April depan.

“Walaupun jumlah kes menurun, saya fikir kita perlu meneruskannya (sekatan) sehingga kami yakin penularan ini telah berjaya dihentikan,” kata Fontana.

Situasi amat membimbangkan di Lombardy, metropolis Milan yang juga pusat kewangan Itali, di mana jangkitan baharu melonjak lebih dari 800 sehingga mencecah 7,000 kes.

Hanya wilayah jiran Bergamo dan Brescia yang mempunyai jumlah kes lebih tinggi.

Wabak COVID-19 mengakibatkan 40 doktor setakat ini meninggal dunia, kebanyakannya di bandar dan utara negara itu.

Kawasan selatan yang kurang maju di Itali semakin cemas dengan beberapa wilayah melaporkan kadar pertumbuhan kes-kes baharu melebihi purata kebangsaan.

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Giuseppe Conte, ketua wilayah Campania, yang berpusat di Naples memberi amaran mengenai bencana yang akan berlaku.

“Ketika ini terdapat prospek yang nyata bahawa tragedi Lombardy akan menjadi tragedi selatan.

“Kami berada di kemuncak penularan jangkitan yang mungkin tidak dapat kami urus,”
kata Vincenzo De Luca. – SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button