Jenayah

Buruh berusia 49 tahun didenda RM5,000 kerana melakukan serangan seksual kepada anak saudara

SEORANG buruh berusia 49 tahun didenda RM5,000 di mahkamah majistret, di sini, selepas mengaku bersalah melakukan serangan seksual terhadap anak saudara perempuannya berusia 24 tahun.

Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, lelaki itu mengaku bersalah melakukan serangan seksual terhadap anak saudaranya dengan menyentuh, mencium pipi dan mendedahkan aurat kepadanya di sebuah rumah di Taman Medan, di sini, sekitar jam 8.30 malam, 15 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. -SM

Baca juga : Bil pembaikan RM38 juta untuk Seri Perdana adalah wajar – Pembantu Muhyiddin

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button