Nasional

KPKT memperuntukkan RM4.6 juta bangunkan Projek Laman Selera MPAJ

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntukkan 4.6 juta dalam membangunkan Projek Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya. Pembangunan turut melibatkan pembangunan sebuah Pusat Anaerobic Digester (AD) MPAJ.

Timbalan Menterinya, YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir berkata, medan selera baru ini merupakan usaha MPAJ untuk terus memajukan golongan usahawan di kawasan Ampang Jaya dan menggalakkan aktiviti komersial sekaligus meningkatkan ekonomi warga Ampang Jaya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya pada pagi ini.

Beliau turut menyerahkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) kepada YBrs. Tuan Mohd Fauzi bin Md Yatim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, bagi mengesahkan bahawa Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya telah siap dibina dan mematuhi segala aspek yang dikehendaki.

“Para peniaga diberikan pengecualian sewa selama tiga bulan sebagai penghargaan atas sokongan kepada MPAJ,” beliau berkata.

Beliau juga telah menerima Mesin Anaerobic Digester (AD) daripada Tuan Haji Ismail bin Mohktar, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp. Mesin tersebut merupakan salah satu usaha di bawah Inisiatif Hijau oleh KPKT bagi pelaksanaan pengurusan sisa makanan yang lebih teratur dan sistematik di kawasan medan selera.

“Inisiatif Hijau yang diketengahkan melalui projek ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pelaksanaan inisiatif yang serupa di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain di Malaysia pada masa hadapan,” tambah beliau.

Sehingga Disember 2022 lalu, sebanyak 19,120 liter baja kompos berjaya dihasilkan daripada anggaran 35,000 kilogram sisa makanan yang telah dikumpul di sekitar Ampang sejak mesin AD mula beroperasi pada bulan Julai 2022 lalu.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button