NasionalUncategorized

Samun kedai runcit, empat termasuk dua anggota polis ditahan

SEBANYAK empat individu termasuk dua anggota polis dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes samin sebuah kedai 24 jam di SS6, Kelana Jaya, Petaling Jaya pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi.

“Kejadian berlaku apabila seorang wanita masuk ke premis tersebut dengan memakai ‘vest’ polis dan mengambil beberapa barang di dalam premis tersebut tanpa membuat sebarang pembayaran.

“Suspek enggan membuat bayaran dan memberikan alasan yang pegawai atasannya akan datang untuk membuat pembayaran dalam tempoh satu jam.

“Suspek kemudian terus melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta peronda jenis Honda Civic,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam kejadian tersebut, difahamkan suspek telah melarikan lima kotak rokok pelbagai jenama, pemetik api dan gula-gula dengan jumlah keseluruhan dianggarkan berjumlah RM146.30.

Menurut Nik Ezanee, dua anggota polis berusia 31 dan 38 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes tersebut.

“Hasil soal siasat kemudian telah membawa kepada tangkapan dua lagi suspek iaitu wanita berusia 36 tahun dan lelaki berusia 27 tahun.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek wanita mempunyai tujuh rekod kes jenayah dan satu rekod kes dadah,” katanya.

Ujarnya, suspek lelaki terakhir yang ditangkap pula mempunyai lima kes jenayah dan lapan kes dadah.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan mengaku terliba dalam kejadian jenayah samun tersebut.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -SM

(Visited 296 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button