Nasional

Penerbitan Buku Coffee Table Sepetang di Parit Muat Kisah Warisan dan Budaya

KAWASAN Perak Tengah khususnya Parit berpotensi menjadi destinasi pelancongan warisan dan budaya, malah mampu menjadi tarikan untuk pengunjung.

Yang DiPertua Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Mohd Syukri Azaari berkata usaha sedang dijalankan untuk menerbitkan sebuah buku “Coffee Table” yang memuatkan maklumat dan gambar-gambar menarik.

Perbincangan berkaitan penerbitan buku Coffee Table di Hotel Travelodge, Ipoh baru-baru ini.

“Saya berterima kasih kepada Institut Darul Ridzuan (IDR) yang melantik lima penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menjalankan kajian tentang lokasi-lokasi yang ada di Perak Tengah,” katanya.

Katanya, walaupun Perak Tengah meliputi Bota , Lambor, Seri Iskandar dan Kampung Gajah, namun buat permulaan kajian memberi fokus terhadap Parit sahaja, sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh.

Mohd Syukri Azaari

Beliau berkata penyelidik dari UPSI yang terlibat dengan geran penerbitan buku berkenaan ialah Prof Dr Abdul Halim Ali, Prof Dr Mohd Azhar Wahid, Prof Madya Dr Ghazali Din, Dr Ariff Mohamad serta Dr Farra Humairah Mohd.

“IDR memperuntukan dana geran penerbitan perundingan lebih RM20,000 untuk melengkapkan kajian sehingga berjaya diterbitkan sebuah buku berbentuk Coffee Table yang menarik untuk tatapan masyarakat,” katanya.

Ketua Penyelidik, Prof Dr Abdul Halim Ali menganggap khazanah warisan dan budaya yang menarik ada di Parit dan perlu ditonjolkan seperti yang diusahakan oleh IDR dan MDPT.

“Sepanjang tinjauan kami mendapati terdapat beberapa lokasi, makanan, bangunan, dan aktiviti sosioekonomi yang berpotensi dimasukkan ke dalam buku yang bakal diterbitkan nanti,” katanya.

Beliau berkata antara yang menarik ada di Parit adalah mitos ikan Tapah, Rumah Kutai, Mee Hailam Syamuk, persisiran sungai, Rivercruise Parit ke Pulau Cempakasari, sangkar ikan tilapia, stesen bas bentuk lama, kedai-kedai lama, Kampung Changkat Parah, Tok Tambak, Dataran Cempakasari, Jambatan Baely, Makam Ngah Sagor dan Ngah Jabor.

“Kami menjangkakan dengan penerbitan buku ini nanti, ia akan memberi impak kepada dokumentasi sejarah Parit yang belum ada sebelum ini dan boleh ditatap oleh masyarakat seluruh negeri Perak,”katanya. -SM

Baca : UPSI ceriakan anak Orang Asli Kampung Chadak dengan Didik Hibur 3M

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button