Luar Negara

Kongres Amerika didesak luluskan reformasi keganasan polis

KONGRES Amerika Syarikat (AS) didesak untuk segera meluluskan reformasi yang akan mengurangkan keganasan polis. Rayuan dinyatakan Philonise Floyd, adik kepada George Floyd yang mati akibat keganasan polis pada 25 Mei lalu.

Philonise membuat kenyataan itu di hadapan anggota Kongres sehari selepas George disemadikan.

Berkurung di rumah elak bertembung perusuh | Nasional | Berita Harian

“Hentikan kesengsaraan ini. George merayu bantuan dan dia tidak diendahkan. Tolong dengar rayuan yang saya nyatakan ini, desakan kepada keluarga kami, kepada mereka yang terlibat dalam protes jalanan di seluruh dunia.

“Penduduk dari pelbagai latar belakang, gender dan kaum, bersatu menuntut perubahan. Hargai mereka, hargai George dan laksanakan perubahan yang perlu untuk membolehkan penguatkuasaan undang-undang menjadi penyelesaian, bukan masalah.

“Pertanggungjawabkan mereka sekiranya mereka lakukan perkara yang salah. Ajar mereka untuk melayan individu lain dengan belas kasihan dan hormat. Ajar mereka tindakan yang wajar. Ajar mereka keganasan adalah tidak perlu, melainkan ketika nyawa mereka terancam,” katanya.

Testimoni ini dibentang dua hari selepas barisan ahli Kongres Demokrat mengemukakan pelan reformasi bertujuan mengurangkan diskriminasi perkauman dalam penguatkuasaan undang-undang di negara tersebut.

George Floyd, 46 tahun, maut ketika dalam tahanan polis di Minneapolis.

Video anggota  polis terlibat menekan leher mendiang George dengan lututnya tular sehingga mencetuskan kemarahan umum.

Bantahan terhadap insiden yang menimpa George mencetuskan protes besar-besaran di beberapa bandar utama AS dan turut merebak ke beberapa negara lain termasuk di Eropah.

Sementara itu, protes terhadap kejadian yang menimpa mendiang George masih belum reda.

Desakan kini tertumpu kepada tuntutan reformasi sistem perundangan untuk mengelak kejadian berulang.

Di Washington, penunjuk perasaan menghasilkan lukisan dan seni kolaj bagi memperingati George. Hasil seni ini kemudian digantung di pagar Dataran Lafayette.

Dataran Lafayette adalah satu satu lokasi popular untuk protes politik serta acara ucapan bebas.

Protes turut mengambil tempat di beberapa negara Eropah.

Di Belanda, ribuan penduduk menyertai perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter.

Acara berlangsung di taman yang dinamakan sempena ikon anti apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela. Ini adalah siri terbaharu protes di bandar-bandar negara berkenaan susulan kematian Floyd.

Di Paris, perhimpunan memperingati kematian George Floyd berlangsung secara aman di Place De La Republique. Ia diadakan bersempena pengkebumian George.

Perhimpunan ini mengumpulkan hampir 3,000 ribu peserta.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button