GajetUlasan

Samsung perkenal 3 cip baharu memperkasa industri automotif

SAMSUNG ialah sebuah syarikat teknologi yang cukup terkenal untuk bukan sahaja membangunkan peranti pintar yang digunakan jutaan pengguna di seluruh dunia, tetapi juga untuk membangunkan komponen-komponen mereka sendiri dan juga untuk pelbagai industri.

Kini, syarikat tersebut telah memperlihatkan penawaran cip Exynos terbaru mereka yang dibangunkan bukan untuk sektor peranti pintar, tetapi dunia automotif. Samsung bakal menawarkan tiga model cip pemprosesan baru bukan untuk kegunaan teknologi swapandu, tetapi aspek-aspek kenderaan yang lain.

Pertama ialah Exynos Auto T5123 untuk menyambungkan sistem kereta ke rangkaian 5G yang boleh digunakan untuk tujuan GPS atau pun swapandu, Exynos Auto V7 untuk digunakan dalam sistem infotainmen kenderaan dan juga S2VPS01, iaitu cip pengawal kuasa untuk komponen yang menggunakan cip Exynos Auto V ini.

Cip Exynos Auto V7 khususnya hadir dengan kemampuan untuk bukan sahaja menyokong sistem infotainmen, tetapi juga ciri-ciri tambahan seperti pengelolaan sistem kamera dan sehingga empat paparan dalam kenderaan, termasuklah sistem infotainmen, sistem pengudaraan dalam kereta, HUD digital dan sebagainya.

Samsung mengatakan bahawa cip-cip pemprosesan ini sudahpun mula dibangunkan secara besar-besaran dan akan digunakan dalam pelbagai kenderaan pengguna tidak lama lagi. Malah, Volkswagen dilihat akan mula menggunakan Exynos Auto V7 didalam sistem infotainmen mereka untuk keluaran kenderaan mereka tidak lama lagi.


Sumber: Samsung

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button