Ekonomi

Samsung Malaysia perkenal Galaxy A31

SAMSUNG Malaysia Electronics hari ini mengumumkan pelancaran Galaxy A31, model terkini dalam siri Galaxy A.

Samsung Malaysia menerusi kenyataan berkata peranti baharu itu menawarkan ciri-ciri yang dipertingkatkan termasuk skrin Infiniti-U bersaiz 6.4 inci bagi pengalaman paparan imej tiga dimensi (3D), kamera yang membolehkan pengguna merakamkan semua momen penting, serta bateri berdaya tahan lebih lama sepanjang hari.

“Galaxy A31 kini boleh didapati dengan cadangan harga runcit pada RM1,099 seunit.

“Telefon pintar ini tampil menerusi tiga warna dinamik yang disempurnakan dengan kemasan berkilau, iaitu hitam Prism Crush, putih Prism Crush dan biru Prism Crush,” menurut Samsung Malaysia.

Model baharu ini menawarkan skrin daripada panel Diod Pemancar Cahaya Organik Matriks Aktif Super (Super AMOLED) definisi tinggi sepenuhnya tambahan (FHD+) bersaiz 6.4 inci.

Apabila disepadukan dengan nisbah bidang 20:9, ia akan memaparkan ekspresi warna yang terang di samping pengalaman paparan skrin penuh yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi hiburan digital dan kandungan multimedia pilihan mereka selain mengetengahkan Dolby Atmos bagi pengalaman bunyi sekeliling 3D.

Bagi kamera, Galaxy A31 menyediakan semua ciri yang diperlukan pengguna untuk menjadi pencerita visual penting, tanpa mengira sama ada subjek utama itu besar atau kecil, menggunakan kamera utama, kamera ‘ultra-wide’, kamera ‘depth’ dan kamera ‘macro’ disepadukan dengan ciri-ciri pintar. – BERNAMA

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button