NasionalUncategorized

Sampel air kencing 16 individu ditahan disaring kali kedua

SAMPEL air kencing milik 16 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong, dekat sini telah dihantar untuk ujian saringan kedua, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Beliau berkata polis sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua berkenaan sebelum memutuskan tindakan lanjut yang bakal diambil.

“Dalam semua kes membabitkan dadah, kita akan buat saringan awal dan jika positif, kita tidak boleh cakap dia penagih (dadah).

“Jadi, kita kena hantar spesimen ke hospital dan mereka yang akan tentukan keputusan hasil daripada ujian terbabit,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes didakwa melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam operasi di sebuah kondominium di Jalan Puchong, dekat sini pada Ahad.

Ujian saringan air kencing pertama mendapati 16 daripada individu berkenaan positif dadah. — BERNAMA

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button